Membaca


Nota Perbincangan @ Kelas:

1. Ulang batang soalan ketika menjawab soalan pemahaman supaya jawapan kamu lebih jelas dan teratur/ tersusun. Kamu juga boleh menggunakan lebih daripada satu ayat (tidak melebihi tiga atau empat bergantung pada kehendak soalan)

2. Bagi soalan "Mengapa" ==> berikan sebab & gunakan perkataan 'kerana'
Contoh: Pak Su menangis kerana dia terkesan dengan kata-kata Ramlan yang tajam.

3. Bagi soalan "Apa" ==> nyatakan perkara / hal / peristiwa / bukti yang relevan
Contoh: Kesalahan Pak Su adalah dia telah berbohong kepada peguam dengan mengatakan bahawa emak Ramlan telah menginggal dunia sedangkan dia masih hidup.

4.  Bagi soalan  "Bagaimana" / "Jelaskan" / "Terangkan"===> penerangan harus diberikan.
Contoh: Pak Su memerlukan sijil kematian emak Ramlan supaya harta pusaka arwah nenek Ramlan boleh dibahagi-bahagikan.

5.  Bagi soalan tukilan "Menitis air mata Pak Su" (baris xx) ===> penerangan harus diberikan berdasarkan tukilan tersebut.
Contoh: Pak Su menitiskan air matanya apabila dia terkenangkan kesalahan yang dilakukannya terhadap arwah ibu Ramlan.

6. Bagi soalan "pengajaran" dalam cerita ===> letakkan diri kamu dalam keadaan watak dalam cerita tersebut.  Apakah yang dipelajarinya?  Kaitkan pengajaran itu dengan perkara-perkara yang berlaku dalam cerita.
Contoh: Satu pengajaran yang saya peroleh daripada cerita ini adalah untuk mencapai kejayaan, seseorang itu kadang kala perlu membuat pengorbanan.  Misalnya, dalam cerita ini, Salihin telah mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya demi mencapai impiannya.

7. Bagi soalan 'berikan satu sifat positif/ negatif' ===> nyatakan sifat tersebut (gunakan adjektif yang tepat) & beri bukti daripada petikan yang menunjukkan sifat tersebut.
Contoh: Sifat positif yang ditunjukkan oleh Ramlan ialah jujur.  Dalam petikan ini, Ramlan tidak mengambil sedikit pun harta pusaka yang bukan miliknya. 

8. Bagi soalan 'berikan perbezaan antara watak A & watak B' ===> nyatakan perbezaan tersebut  & beri bukti daripada petikan yang menunjukkan perbezaan tersebut.
Contoh: Satu perbezaan antara Ramlan dan Pak Su adalah Pak Su seorang yang tamak tetapi Ramlan tidak.  Dalam petikan ini, Pak Su telah cuba berbohong semata-mata untuk mendapat harta pusaka manakala Ramlan tidak mengambil sedikit pun harta pusaka yang bukan miliknya. 




Aktiviti 1: Membaca dan meringkaskan
Kamu dikehendaki membaca petikan-petikan karangan dalam set yang diberikan.  Kemudian, tulis sebuah perenggan untuk mengulas inti sari cerita.

Aktiviti 2: Latihan Pemahaman
Sila baca petikan karangan dari Set 1 hingga 5.  Kemudian, jawab soalan-soalan yang terdapat di pautan berikut secara dalam talian.

Pautan - http://tinyurl.com/pemahamanset1-5

5 ulasan:

Arfah Binte Buang berkata...

Tuliskan ringkasan bagi petikan yang kamu baca. Kamu boleh mengikut panduan yang berikut.

Cerita ini mengisahkan tentang ……..
Watak utama cerita ialah ….. dan watak sampingannya ialah….
Konflik dalam cerita ini adalah ……
Di akhir cerita……
Pengajaran dalam cerita ialah…..

Md Ada berkata...

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang nakal yang mendapat balasannya.
Watak utama ceritanya ialah Aqil dan watak sampingannya ialah Zahar dan Yasmin.
Konflik dalam cerita ini adalah antara Aqil dan kelasnya kerana dia selalu menyusahkan rakan-rakan kelasnya dan ini membuat kebanyakkan rakan kelasnya benci dengan Aqil. Di akhir ceritanya, Aqil mendapat balasannya apabila dia didenda kerana dia tidak boleh jumpa kerja rumahnya, sama seperti Yasmin, di mana Aqil menyembunyikan bukunya dan kerana itu, Yasmin didenda oleh gurunya. Dari cerita ini, kami belajar bahawa ia tidak bagus untuk menyusahkan orang lain kerana balasannya akan datang pada suatu hari.

Adil berkata...

Anak angkat kepada Pak Andak dan Mak Gayah, Nita, harus mengurus masa untuk menjaga ibu bapa angkatnya dan keluarganya sendiri, dan ini bukan sesuatu yang mudah, terutamanya selepas ibu angkatnya menghidapi dementia selepas terkena angin ahmar dan selepas beliau terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan beliau untuk mengalami masalah otak.
Pengajaran cerita ini ialah untuk selalu bertabah apabila menghadapi sebarang masalah atau situasi yang susah dan juga untuk tidak memperdulikan pendapat dan komen-komen orang lain.

Abiyyu Arif Rahman berkata...

Cerita ini mengisahkan tentang kepentingan waktu bersama keluarga itu untuk seorang anak.
Watak utama di cerita ialah Azman dan ibunya, Sanisah dan watak sampingannya ialah bapanya
Konflik dalam cerita adalah ayahnya Azman sedang di hospital. Walaupun ibunya sering menziarahi suaminya, Azman terlalu asyik belajar dan hanya menziarahi ayahnya seminggu sekali sahaja. Azman dan ibunya sering berhujah tentang yang mana yang lebih penting, 'O' levels atau menziarahi ayahnya.
Di akhir cerita, ibu Azman pergi keluar rumah untuk menziarahi suaminya setelah berhujah dengan Azman. Dia terlibat dalam sebuah kemalangan dan Azman ditelefon tentang itu.
Pengajaran dalam cerita ialah kita harus meluangkan masa secara sekeluarga kerana waktu yang kita punyai dengan mereka sangat sedikit dan penting.

Mateen Jamri berkata...

Cerita ini menisahkan tentang bagaimana penulis ceritanya menyatukan kembali dengan anaknya. Watak utama ceritanya ialah ayah bertua tersebut dan watak sampingannya ialah anak angkatnya, Johan, isteri Johan dan Ahmad, seorang yang dikenal oleh penulis di rumah tumpangan. Konflik dalam cerita ini adalah apabila Johan dan isterinya tidak mempedulikan keadaan penulis, dia pergi ke hospital sendirian tanpa memberitahu sesiapa. Selepas tiga hari di hospital dalam keadaan sedih, penulis dimasukkan ke rumah tumpangan orang-orang tua setelah dia mengaku bahawa dia sudah tidak punya sanak-saudara lagi. Hati kecilnya merintih sayu apabila dia melihat para pelawat yang datang melawat. Dia berkenal dengan Ahmad, seorang penghuni di rumah tersebut. Ahmad seorang yang memilih untuk tinggal di rumah tumpangan. Banyak kali anak Ahmad mengajak dia tinggal bersama dengan mereka tetapi Ahmad merasakan di rumah tumpangan, ada orang yang sebaya dengannya yang memahami kehendak orang yang berumur seperti dia. Dia juga tidak mahu kebebasan anaknya tersekat kerana adanya di rumah mereka. Penulis memikirkan kata-kata Ahmad dan tersedari anaknya sayangi dia, cuma cara mereka mencurahkan kasih sayang dia tidak fahami. Di akhir cerita, Johan dan isterinya muncul di rumah tumpangan itu. Mereka telah berusaha mencari ayah mereka sepanjang masa dia di rumah tumpangan itu. Penulis memilih untuk tinggal di rumah tumpangan dan meminta untuk mereka melawat sebulan sekali.
Pengajaran dalam cerita ini ialah jangan mengabaikan keluarga terutamanya ibubapa apabila mereka sudah tua.

Catat Ulasan