Selasa, 7 Januari 2014

Podcast Adil

Pada tahun 1886, Coca Cola dicipta oleh Dr. John Pemberton, seorang ahli farmasi dari Atlanta, Georgia. Nama ‘Coca Cola’ itu sendiri dicadangkan oleh akauntan John, Frank Robinson. Beliau mempunyai tulisan yang kemas dan cantik, dan tulisan itu sekarang telah menjadi logo syarikat tersebut.


Pada tahun 1887, seorang ahli farmasi bernama Asa Candler membeli formula minuman tersebut daripada penciptanya dengan harga $2300. Selepas itu, minuman tersebut dipasarkan dengan baik dan menjadi salah satu minuman paling terkenal di Amerika Syarikat. Tetapi, sehingga tahun 1905, minuman itu dijual sebagai sebuah air tonik yang mempunyai ekstrak kokain dan biji kola.

0 ulasan:

Catat Ulasan