Isnin, 27 Januari 2014

Pembetulan Ujian Diagnostik

1. Bukti yang menunjukkan Pak Hamdan sedih adalah wajahnya yang sugul ketika dia berbaring di atas katil.   (3m)

2. Sebab utama yang Imran berikan kepada Pak Hamdan adalah semuanya akan menjadi mudah jika mereka berkereta kerana Imran boleh menghantar Pak Hamdan ke klinik setiap bulan dan Pak Hamdan tidak lagi perlu mendapatkan teksi yang tidak banyak lalu-lalang di sana. (3m)

3. Pak Hamdan keberatan menerima saranan untuk membeli kereta kerana gajinya kecil dan wang simpanannya yang tidak banyak itu pula perlu digunakan untuk membayar kos perubatan. (3m)

4. Pak Hamdan berubah fikirannya kerana Imran berjanji untuk membantunya membayar wang ansuran bulanan kereta jika dia ada duit yang lebih. (3m)

5. Bukti pertama yang menyokong pernyataan itu adalah pertama, dahulu Pak Hamdan mempunyai wang simpanan biarpun sedikit tetapi kini wang simpanannya semakin susut dan dia terpaksa bekerja lembur.  Kedua, dahulu Pak Hamdan menjalani rawatan secara teratur tetapi tidak lagi kini kerana Pak Hamdan jarang ke klinik sebab tidak dihantar oleh Imran.

6. Bukti yang menunjukkan Pak Hamdan mudah termakan pujuk adalah, pertama, dia bersetuju untuk membeli kereta tanpa berfikir panjang apabila Imran bersuara untuk menolong membayar wang ansuran bulanan.  Kedua, Pak Hamdan dengan mudah memaafkan dan mempercayai kata-kata Imran dan menganggap hari tuanya sudah terjamin sebaik sahaja Imran berjanji akan menjaganya mulai hari itu.

7. hancur-lebur

8. semakin berkurangan

9. meninggalkan kewajipan

10.  terpelihara

0 ulasan:

Catat Ulasan